Follow PKG Telok Kechai

Wednesday 30 January 2013

Surat Panggilan Mesyuarat Pemuafakatan



KEDAH SEJAHTERA
                                                                                                                        PPD/KS/TLK/30/003/11 (     )
                                                                                                                        16 Januari 2013

Pengetua/ Guru Besar
SK/SJKC/SMK/SMJK
Kelompok PKG Telok Kechai


Tuan,
                    
MESYUARAT PENGURUSAN PKG TELOK KECHAI BIL.1/ 2013

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh              :           4 Februari 2013
                        Hari                 :           Isnin
                        Masa               :           11.00 pagi
                        Tempat            :           Bilik Profesional Pusat Kegiatan Guru Telok Kechai
                                                            d/a SK Sungai Korok Lama
                       
3.         Sehubungan dengan itu, tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Sila bawa bersama minit mesyuarat yang telah diedarkan melalui email rasmi.  Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

            i    Perutusan pengerusi
            ii   Ucapan aluan KPP BTPN Kedah
            iii  Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
            iv  Perkara berbangkit / maklumbalas
            v   Laporan  Aktiviti PKG Telok Kechai
            vi  Hal-hal lain

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,



( SOFARUDDIN BIN HAJI AHMAD )
 Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar

s.k
KPP Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah

maksud MSI ISO 9001


Dasar dan Objektif BTPN

Dasar Kualiti
Kami adalah komited kepada pengeluaran produk yang bermutu dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitikberatkan penambahbaikan yang berterusan.


Objektif BTPN

  1. Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi peningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru yang berterusan.
  2. Memberi khidmat-bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan.
  3. Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai  bagi kegunaan murid dan guru.
  4. Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.

Fungsi Utama
  • Merancang, memantau,  menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan. 
  • Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan  dan menyediakan  sokongan perkhidmatan  ICT.
  • Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan pembestarian sekolah.
  • Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran  dalam pelbagai media.
  • Merancang, menyelaras, menilai  dan memantau  pengurusan  dan pembangunan pusat sumber  sekolah dan  program literasi maklumat.
  • Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta  pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik  dan media cetak.
  • Memantau dan  menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam  pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.
  • Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti  teknologi pendidikan di sekolah.
  • Pengisian data iQPSS







    Makluman kepada sekolah kelomp[ok PKG Telok Kechai,bahawa sistem pengisian data dan maklumat iQPSS dan penarafan iQPSS telah di buka dari januari 2013.Guru GPM dan guru yang terlibat sila isi dan memasukkan data yang berkenaan dengan sistem maklumat iQPSS, dengan kadar segera.
    ~ PTP 2 PKG Telok Kechai


    Tuesday 1 January 2013

    1st day!

    Budaya buka sekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama,PKG Telok Kechai,Alor Setar, Kedah.

     Gambar 1:  Guru Besar SKSKL sedang menjalankan pemantauan budaya buka sekolah.
     Gambar 2 : Murid-murid tahun1 2013 sedang beratur .
     Gambar  3 : Ibu bapa sedang memerhati anak-anak tahun 1
     Gambar 4 : Beratur ke kantin pada waktu rehat.
     Gambar 5 : Kelas pemulihan khas
    Gambar 6 : Ibu bapa menemani anak di kantin .

    2013 menjelang sudah....

    PKG Telok Kechai mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 M,
    semuga di tahun ini usaha dan komitmen untuk memajukan,dan menjana teknologi pendidikan dapat digembelingkan lebih giat lagi.................