Follow PKG Telok Kechai

Wednesday 30 January 2013

Dasar dan Objektif BTPN

Dasar Kualiti
Kami adalah komited kepada pengeluaran produk yang bermutu dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitikberatkan penambahbaikan yang berterusan.


Objektif BTPN

  1. Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi peningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru yang berterusan.
  2. Memberi khidmat-bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan.
  3. Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai  bagi kegunaan murid dan guru.
  4. Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.

Fungsi Utama
  • Merancang, memantau,  menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan. 
  • Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan  dan menyediakan  sokongan perkhidmatan  ICT.
  • Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan pembestarian sekolah.
  • Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran  dalam pelbagai media.
  • Merancang, menyelaras, menilai  dan memantau  pengurusan  dan pembangunan pusat sumber  sekolah dan  program literasi maklumat.
  • Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta  pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik  dan media cetak.
  • Memantau dan  menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam  pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.
  • Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti  teknologi pendidikan di sekolah.
  • No comments:

    Post a Comment