Follow PKG Telok Kechai

Tuesday 13 March 2012

Pemasangan 1 bestari Net -1


Untuk makluman pihak sekolah,pihak syarikat pemasangan1BestariNet iaitu YTL Communications sedang melaksanakan kerja-kerja pemasangan 1BestariNet di sekolah. oleh yang demikian,mohon kerjasama pihak sekolah untuk memberikan kerjasama kepada syarikat tersebut.

Pihak sekolah,perlu memahami bahawa projek 1BestariNet adalah projek jalur lebar capaian internet bagi semua sekolah untuk mengakses bahan pembelajaran dengan menggunakan platform Virtual Learning Enviroment  (VLE). Syarikat tersebut,akan memasang peralatan capaian internet iaitu ZOOM, dengan standard bilangan ZOOM adalah 3 + 1.

Bilangan ZOOM adalah bergantung kepada kajian pihak kontraktor di mana semua kawasan utama iaitu makmal komputer, bilik guru, pejabat pengurusan dan pentadbiran sekolah, pusat sumber dan common area boleh mencapai internet termasuk kawasan asrama, jika asrama dalam kawasan  sekolah dan boleh melebihi atau kurang 3 + 1 ZOOM.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1BestariNet? Apakah ia?. Bagi yang pertama kali mendengarnya pasti tertanya-tanya apakah ia, adakah satu lagi program kerajaan selepas 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. 1BestariNet merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan satu perkhidmatan capaian Internet yang berteknologi tinggi dan pantas untuk kegunaan di sekolah bagi menggantikan TM School Broadband yang dulu dikenali sebagai SchoolNet.

Projek 1BestariNet merupakan pembaharuan dan penambahbaikan  perkhidmatan capaian Internet di sekolah. Antaranya:


  1. Sambungan WAN & LAN di sekolah.
  2. Hosting Terurus
  3. Centralize Monitoring
  4. Tapisan kandungan
  5. Sekuriti tanpa had bagi device di sekolah
  6. Penambahbaikan dalam sistem tampalan pengurusan
  7. Virtual Learning Enviroment (VLE)
Fokus utama adalah kepada end to end solution dengan komponen utama adalah capaian internet dan perkhidmatan VLE untuk warga sekolah. Antara faedah pelaksanaan 1BestariNet ialah:
  1. Akses rangkaian stabil (kelajuan dari 2Mbps Sehingga 10Mbps)
  2. Bahan pembelajaran melalui platform tunggal menggunakan VLE
  3. Guru fokus kepada integrasi ICT dalam P&P dan bukan mengurus peneyelenggaraan
  4. Mengintegrasikan bahan P&P dan aplikasi P&T dalam satu platform yang terurus
  5. Memberi autonomi kepada sekolah dalam pengurusan ICT
  6. Menyediakan pengurusan keselamatan terurus,mantap dan berkesan
  7. Menampung keperlan KSSR dan KSSM serta keperluan Native Speakers
  8. Help Desk tunggal untul sluruh perkhidmatan
1BesatariNet akan bermula secara berperingkat-peringkat bermula Disember 2011 sehingga Disember 2012.

Thursday 8 March 2012

PERUBAHAN MINDA

Memetik kata-kata se orang wartawan kanan bolasepak yang telah pergi meninjau perkembangan bolasepak liga jepun"liga malaysia perlu kepada perubahan minda para administrator dan pengiatnya untuk mencapai standard liga J,itu pun malaysia memerlukan masa 10 tahun bagi mencapai impian tersebut.Kita juga para penggiat pendidikkan harus berubah minda mungkin bagi mencapai tahap pendidikan dunia pertama.ia nya bukan suatu perkara mudah,ia memerlukan pendekatan holistik...namun bagi kita guru guru dinegeri kedah ,kita buka dulu minda kita dan berfikiran positif....

Tuesday 6 March 2012

Mesyuarat Guru Perpustakaan Media















VISI & MISI / OBJEKTIF PKG

Visi
 - Meneraju Transformasi Generasi Bestari memalui Teknologi Pendidikan  

Misi
 - Pembanggunan kapasiti dan Peningkatan Kualiti Pengurusan, Instrukional menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan  

Objektif
 - Meningkatkan [engetahuan dan kemahiran guru dalam teknopen. Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.

 - Meningkatkan kebersanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajran untuk sekolah-sekolah.

 - meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktivit profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

Panggilan Mesyuarat GPM PKG Telok Kechai

SURAT PPD~GPM

Borang MaklumBalas mengikut persijilan MS-ISO

Borang Maklumbalas PKG ISO

Mesyuarat GPM PKG Telok Kechai

                    
MESYUARAT GURU PERPUSTAKAAN MEDIA (GPM) BIL.1/ 2012

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh               :           6 Mac 2012
                        Hari                  :           Selasa
                        Masa                :           02.00 petang
                        Tempat             :           Bilik Profesional Pusat Kegiatan Guru Telok Kechai
                                                             d/a SK Sungai Korok Lama
                       
3.             Sehubungan dengan itu,guru tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

4.             Kerjasama tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.