Follow PKG Telok Kechai

Tuesday 13 March 2012

Pemasangan 1 bestari Net -1


Untuk makluman pihak sekolah,pihak syarikat pemasangan1BestariNet iaitu YTL Communications sedang melaksanakan kerja-kerja pemasangan 1BestariNet di sekolah. oleh yang demikian,mohon kerjasama pihak sekolah untuk memberikan kerjasama kepada syarikat tersebut.

Pihak sekolah,perlu memahami bahawa projek 1BestariNet adalah projek jalur lebar capaian internet bagi semua sekolah untuk mengakses bahan pembelajaran dengan menggunakan platform Virtual Learning Enviroment  (VLE). Syarikat tersebut,akan memasang peralatan capaian internet iaitu ZOOM, dengan standard bilangan ZOOM adalah 3 + 1.

Bilangan ZOOM adalah bergantung kepada kajian pihak kontraktor di mana semua kawasan utama iaitu makmal komputer, bilik guru, pejabat pengurusan dan pentadbiran sekolah, pusat sumber dan common area boleh mencapai internet termasuk kawasan asrama, jika asrama dalam kawasan  sekolah dan boleh melebihi atau kurang 3 + 1 ZOOM.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1BestariNet? Apakah ia?. Bagi yang pertama kali mendengarnya pasti tertanya-tanya apakah ia, adakah satu lagi program kerajaan selepas 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. 1BestariNet merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan satu perkhidmatan capaian Internet yang berteknologi tinggi dan pantas untuk kegunaan di sekolah bagi menggantikan TM School Broadband yang dulu dikenali sebagai SchoolNet.

Projek 1BestariNet merupakan pembaharuan dan penambahbaikan  perkhidmatan capaian Internet di sekolah. Antaranya:


  1. Sambungan WAN & LAN di sekolah.
  2. Hosting Terurus
  3. Centralize Monitoring
  4. Tapisan kandungan
  5. Sekuriti tanpa had bagi device di sekolah
  6. Penambahbaikan dalam sistem tampalan pengurusan
  7. Virtual Learning Enviroment (VLE)
Fokus utama adalah kepada end to end solution dengan komponen utama adalah capaian internet dan perkhidmatan VLE untuk warga sekolah. Antara faedah pelaksanaan 1BestariNet ialah:
  1. Akses rangkaian stabil (kelajuan dari 2Mbps Sehingga 10Mbps)
  2. Bahan pembelajaran melalui platform tunggal menggunakan VLE
  3. Guru fokus kepada integrasi ICT dalam P&P dan bukan mengurus peneyelenggaraan
  4. Mengintegrasikan bahan P&P dan aplikasi P&T dalam satu platform yang terurus
  5. Memberi autonomi kepada sekolah dalam pengurusan ICT
  6. Menyediakan pengurusan keselamatan terurus,mantap dan berkesan
  7. Menampung keperlan KSSR dan KSSM serta keperluan Native Speakers
  8. Help Desk tunggal untul sluruh perkhidmatan
1BesatariNet akan bermula secara berperingkat-peringkat bermula Disember 2011 sehingga Disember 2012.

No comments:

Post a Comment