Fasilitator :Encik Omar Hassan/ En Lokman Hidayat
PENULISAN BERITA
- Karangan jenis berita merupakan karangan berformat.
- Karangan ini ditulis dengan tujuan untuk memberikan maklumat, serta pengetahuan tentang peristiwa semasa kepada pembaca.
- Untuk menulis karangan jenis berita yang baik, anda harus memikirkan lima persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa.
- Susunlah isi berita dengan baik. Isi yang utama perlulah didahulukan manakala isi yang kurang penting dikemudiankan.
- Sertakanlah huraian dan contoh-contoh agar berita yang ditulis lebih terperinci dan diyakini.
- Sedutan ucapan atau pendapat seseorang bolehlah dimasukkan.
- Gunakanlah bahasa yang ringkas tetapi padat dan tepat supaya maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pembaca.
- Oleh sebab karangan jenis berita mempunyai format yang khusus, patuhilah format tersebut.
BERITA
Pengenalan
• Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh.
• Dahulukan Isi berita yang paling penting, manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan .
• Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.
• Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.
• Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.
• Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.
• Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara
• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu
• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu
Apa
|
Siapa
|
Bila
|
Di mana
|
Mengapa
|
Bagaimana
|
1. Apa ?
- Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.
- Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.
2. Bila ?
- Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
- Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
- Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.
3. Di mana ?
- Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.
- Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.
4. Siapa ?
- Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.
- Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
- Adakalanya umur juga perlu ditulis .
5. Mengapa ?
- mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
- sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.
6. Bagaimana?
- menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.
No comments:
Post a Comment